Program Ziarah Ramadan 1441H Siri 3
IPOH, 21 Mei 2020 - Pihak MAIPk hari ini telah menyantuni dan menyampaikan sumbangan kepada lima buah rumah golongan asnaf di Mukim Kinta Ipoh dan Lahat. Bantuan disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Tuan Shahrul Azam bin Shaari dan hadir bersama Anggota MAIPk, YBhg.Dato' Haji As'ad bin Awang. Turut serta Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk (Pembangunan), Puan Wan Maizura binti Haji Wan Zahari dan Pegawai-pegawai Bahagian Agihan Zakat.
Dalam program ini, pihak MAIPk telah menyampaikan sumbangan berupa barangan keperluan dapur dan wang tunai. Bantuan susulan yang diperlukan telah dipertimbangkan seperti Bantuan Sewa Rumah Bulanan, Bantuan Kewangan Bulanan dan Bantuan Baikpulih Rumah.
Program yang diadakan bertujuan untuk membantu meringankan beban dan memberikan keceriaan kepada para asnaf terutamanya pada Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelang tidak lama lagi. Nasib golongan asnaf sentiasa menjadi perhatian pihak MAIPk dan semoga golongan ini dapat menjalani kehidupan mereka dengan lebih baik.