MAIPk Sumbang Peralatan Perlindungan Diri Kepada Jabatan Kesihatan Negeri Perak
IPOH, 14 April 2020 – Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) telah menyumbang 600 set Peralatan Perlindungan Diri (PPE) kepada Jabatan Kesihatan Negeri Perak sebagai keperluan serta kegunaan petugas barisan hadapan bagi membantu membendung wabak pandemik COVID-19. Sumbangan tersebut disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Tuan Shahrul Azam bin Shaari kepada Timbalan Pengarah Kesihatan Jabatan Kesihatan Negeri Perak , Tuan Muhamad Ghopran bin Yeop Hamzah di perkarangan Kompleks Islam Darul Ridzuan.
Sumbangan ini sebagai inisiatif untuk membantu petugas barisan depan khususnya kakitangan kesihatan yang memerlukan PPE dalam melakukan saringan dan merawat pesakit COVID-19. Semoga wabak COVID-19 ini dapat dibasmi dan rakyat Malaysia mendapat rahmat dan perlindungan Allah SWT.