Sumbangan Bantuan Kotak Makanan Dan Peralatan Kesihatan Kepada Jabatan Kesihatan Negeri Perak
IPOH, 9-10 April 2020 – Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) telah menyumbang Bantuan Kotak Makanan dan Peralatan Kesihatan kepada Jabatan Kesihatan Negeri Perak bagi membantu menghadapi pandemik COVID-19. Pihak MAIPk memperuntukkan RM 1 Juta daripada Dana Khas Agihan Zakat untuk menampung keperluan peralatan kesihatan dan perubatan yang akan disalurkan kepada hospital-hospital di Negeri Perak. Bantuan ini adalah inisiatif MAIPk bagi membantu pihak barisan hadapan yang telah bertungkus lumus demi memastikan wabak Covid-19 ini dapat dibendung dan menyelamatkan nyawa pesakit sejak pelaksanaan PKP iaitu pada 18 Mac 2020 sehingga kini.