Taklimat Zakat di Majlis Daerah Tanjung Malim
Tanjung Malim, 18 Januari 2013 (Jumaat)
Ustaz Munawir binMohamed Noh daripada Unit Dakwah dan Promosi, Bahagian Zakat telah mengadakan taklimat zakat di Majlis Daerah Tanjung Malim. Seramai 65 orang pegawai dan kakitangan Majlis Daerah Tanjung Malim telah hadir mendengar taklimat yang disampaikan. Taklimat meliputi jenis-jenis zakat dan serta isu-isu yang melibatkan ASB telah disampaikan.Risalah zakat dan borang potongan gaji juga diedarkan kepada yang hadir. Iainya merupakan program yang pertama bagi tahun 2013 yang melibatkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri Perak. Satu komitmen yang berterusan MAIPk dan PBT dalam memberikan kemudahan dan menyampaikan maklumat zakat kepada pegawai dan kakitangan Majlis Daerah Tanjung Malim dalam melaksana dan memperkasakan amalan berzakat.