Jejak Asnaf Daerah Bagan Serai
BAGAN SERAI – Saban tahun pihak MAIPk akan menganjurkan Program Jejak Asnaf bagi menyantuni para asnaf yang memerlukan bantuan daripada dana zakat dan telah menjadi satu kejayaan apabila satu Program Jejak Asnaf berjaya dilaksanakan. Pada 10 Oktober 2019 Program Jejak Asnaf Daerah Bagan Serai yang diketuai oleh AF. Ustaz Bakri Bin Lee, Pengurus Besar Bahagian Agihan Zakat dan Pegawai Baitulmal Daerah Bagan Serai iaitu Tuan Haji S.Daud Bin Shehamy serta beberapa kakitangan dari ibu pejabat dan pejabat MAIPk Bagan Serai telah berjaya menziarahi dan menyantuni lima buah rumah asnaf yang telah dikenal pasti di sekitar Mukim Bagan Serai dan Beriah. Para asnaf yang dikunjungi turut menerima sumbangan berupa wang tunai dan kotak makanan bagi menampung keperluan semasa setiap keluarga. Pihak MAIPk juga mengambil berat dengan keadaan rumah yang diduduki oleh para asnaf dan turut mencadangkan Bantuan Bina Rumah dan Bantuan Baikpulih Rumah kerana kediaman mereka terlalu usang serta tidak diselenggara dengan baik. Terima kasih kepada pembayar zakat yang telah menjalankan kewajipan mereka. Semoga kita bersama-sama dirahmati dan memperoleh ganjaran pahala dariNya.