• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

Program Jejak Asnaf Daerah Muallim

Muallim, 12 September 2019 - Saban hari bila terkenangkan kehidupan golongan yang dinamakan asnaf maka tidak akan berhenti  usaha dan inisiatif dari pihak MAIPk untuk terus menjalankan pencarian golongan ini bagi tujuan menyalurkan bantuan kepada mereka. Bagi memastikan kumpulan asnaf yang berhak menerima zakat ini dibantu sebaiknya, maka satu bentuk program jejak asnaf  yang dinamakan “Hanya Untukmu” telah diaturkan oleh pihak MAIPk daerah Muallim bagi tujuan mengenalpasti  dan menyantuni asnaf yang hidupnya dalam keadaan memerlukan namun tidak pernah menerima sebarang bentuk bantuan daripada pihak MAIPk.

Sebanyak 7 buah rumah telah dipilih pada program ini yang mana melibatkan 5 buah rumah di dalam kawasan Mukim Slim dan 2 buah rumah di dalam kawasan Mukim Hulu Bernam Timur.  Pasukan  Skuad Prihatin Asnaf  yang hadir bersama pada kali ini  telah diketuai  oleh A.F Tuan Haji Ahamad Muzammil bin Haji Arbain, Pengurus Kanan Bahagian Agihan Zakat, dan diiringi oleh pegawai-pegawai dari Bahagian Agihan Zakat. Edisi jejak asnaf  ini  telah dimulakan pada jam 9.30pagi dengan kunjungan di 3 buah rumah yang pertama di kawasan Kampung Ulu Slim. Kemudian disusuli dengan kunjungan di 2 buah rumah di Kampung Klant dan 2 buah rumah di kawasan Felda Sungai Behrang.  Setiap rumah yang dikunjungi, pihak MAIPk telah menyalurkan bantuan berbentuk kewangan dan barangan dapur bagi kegunaan dan perbelanjaan mereka.
 
Program sebegini dilihat amat baik dan menepati makna agihan zakat itu sendri  kerana pihak MAIPk dapat  bertemu dan melihat dengan lebih jelas keadaan sebenar kehidupan asnaf yang tidak bernasib baik ini  walaupun lokasinya di dalam kawasan pedalaman kampung. Hasil kunjungan yang dijalankan, pelbagai jenis bantuan akan dipertimbangkan oleh pihak MAIPk seperti bantuan perubatan, bantuan kewangan bulanan dan bantuan bina rumah sebagai langkah susulan dari program jejak asnaf ini agar nasib mereka akan terbela dan mendapat perhatian yang sewajarnya.














.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.