Public Islamic Bank dan AM Islamic Bank Bayar Zakat Perniagaan
Jumaat, 21 Disember 2012 - Satu majlis ringkas penyerahan cek zakat perniagaan daripada Public Islamic Bank dan AM Islamic Bank Bhd telah diadakan di Bilik Mesyuarat, Tingkat 1, Bangunan Kompleks Islam. Public Islamic Bank Bhd telah diwakili oleh Encik Ahmad Zubaini bin Osman telah menyerahkan cek zakat perniagaan berjumlah RM16,000.00 kepada Dato' Syeikh Mohamah Nor bin Mansor bagi pihak Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak. Pada majlis yang sama juga AmIslamic Bank yang diwakili oleh Encik Zulfikry bin Zainal telah menyerahkan cek zakat perniagaan berjumlah RM18,000.00 juga kepada Dato' Syeikh Mohamah Nor bin Mansor. Satu komitmen yang tinggi dari Public Islamic Bank dan AmIslamic Bank dalam memperkasakan amalan berzakat daripada sektor perbankan.