Taklimat Zakat di Pejabat Pertanian Parit Buntar
Khamis, 20 Disember 2012 - Unit Dakwah dan Promosi, MAIPk melalui Encik Muhammad Fauzan bin Abdul Rahim sekali lagi diminta untuk mengadakan taklimat zakat di Pejabat Pertanian Kerian, Parit Buntar. Taklimat yang disampaikan meliputi pengertian zakat, jenis-jenis zakat, asnaf-asnaf dan isu-isu yang berkaitan dengan zakat. Seramai 40 orang telah hadir yang terdiri daripada pengusaha-pengusaha perniagaan asas tani dari daerah Kerian mendengar taklimat tersebut. Majlis tersebut sempena bengkel pengusaha asas tani anjuran Pejabat Pertanian Daerah Kerian. Pihak penganjur bersetuju memasukkan slot taklimat zakat semasa majlis tersebut. Risalah-risalah zakat telah diedarkan kepada peserta-peserta yang hadir di majlis taklimat tersebut.