Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan Rural Capital Berhad
IPOH, 28 Disember 2018 - Satu Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan telah diadakan di Bilik Mesyuarat Tingkat 4, Kompleks Islam Darul Ridzuan. Pihak Rural Capital Berhad yang diwakili Encik Mahadir bin Ibrahim, Ketua Pegawai Operasi Rural Capital Berhad telah menyerahkankan zakat kepada MAIPk yang diwakili oleh Tuan Haji Haidi Bin Sulaiman, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) MAIPk.berjumlah RM53,008.00 bagi tahun berakhir 2017. Semoga dengan kesempurnaan kewajiban ini, perniagaan yang diusahakan oleh pihak Rural Capital Berhad terus maju dan diberkati dalam perniagaan yang diusahakan.