Koperasi Perladangan Kawasan Bagan Datuk Tunai Zakat Perniagaan
BAGAN DATUK , 8 Disember 2018 - Koperasi Perladangan Kawasan Bagan Datuk (KPKBG) membayar zakat perniagaan berjumlah RM325,345.35. Pengerusi KPKBG, Tuan Haji Salleh Hudin bin Kamaruddin menyerahkan cek zakat perniagaan tersebut kepada Tuan Haji Mohd Haidi bin Sulaiman, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) MAIPk didalam majlis kursus anggota koperasi bertempat di Dewan Pertubuhan Peladang Kawasan Bagan Datuk. YDH Toh Seri Lela Paduka Dr. Khalid bin Ismail, Orang Besar Jajahan Bagan Datuk, merangkap Ahli Majlis turut sama hadir dalam majlis tersebut.