Program Dakwah Perdana di Pangkalan TLDM Lumut.
TLDM, 25 dan 26 Oktober 2018 Satu Program Dakwah Perdana telah diadakan di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) selama 2 hari iaitu pada 25 dan 26 Oktober yang memerlukan kakitangan MAIPk berkampung di Pangkalan TLDM dalam usaha memperkenalkan zakat dan wakaf lebih mendalam dan lebih dekat dengan anggota TLDM dan juga orang awam. Disebabkan Program Dakwah ini dijalankan selama 2 hari, pihak MAIPk telah menyediakan aturcara yang menarik demi mengisi setiap masa yang terluang sepanjang program.
Sejurus ketibaan kakitangan MAIPk yang diketuai oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif A.F Ustaz Haji Mohd Haidi bin Sulaiman. Pihak TLDM terus membawa rombongan MAIPk ke Kapal KD Mahawangsa untuk Bicara Santai Zakat dan Wakaf untuk krew-krew kapal. Selepas itu, pihak MAIPk telah membuka Kaunter Pameran dan Street Dakwah di Kompleks Mutiara Armada. Pihak MAIPk juga telah menyediakan hadiah untuk setiap soalan kuiz yang diselitkan selain nyanyian dakwah dari Ustaz Huri dan rakan-rakan. Disebelah malam pula, telah diadakan Forum Perdana yang bertajuk Damaikan Harta, Perisai Akhirat yang di moderator-kan oleh A.F Ustaz Munawir bin Mohamed Noh, Mantan ATASE Pendidikan Perak serta dua orang Panel iaitu A.F Ustaz Shahrizan Daud At-Turabi (Mentor Imam Muda) dan A.F Ustaz Amran Yusoff (Personaliti Program Tanyalah Ustaz).
Pada keesokannya pula, telah diadakan solat Subuh berjemaah dan Kuliah Subuh yang telah disampaikan oleh A.F Ustaz Abdul Jabbar Mohammed Kahar. Sebelum berlangsungnya solat Jumaat, ceramah pendek mengenai zakat dan wakaf sekali lagi disampaikan oleh A.F Ustaz Mohd Latiff bin Talib agar anggota-anggota yang tidak berkesempatan hadir pada program semalam juga tidak terlepas untuk mendengar ceramah tentang zakat dan wakaf ini. Sepanjang program berlangsung Kaunter Kutipan Zakat dan Wakaf sentiasa dibuka bagi memudahkan anggota atau orang awam bertanya secara berdepan dengan kakitangan MAIPk. Lebih mudah dan senang difahami.