Penyampaian Bantuan Persekolahan MAIPk Daerah Selama
SELAMA MAIPk daerah Selama telah mengadakan Program Penyampaian Bantuan Persekolahan MAIPk bagi daerah Selama pada 11 Julai 2018 di bilik mesyuarat Pejabat Pentadbiran MAIPk Daerah Selama. Penyampaian ini telah dihadiri oleh 4 orang pengetua sekolah menengah dan 16 orang guru besar sekolah rendah. Pada tahun 2018, sebanyak RM144,450.00 telah diagihkan kepada sekolah-sekolah di daerah Selama dan juga kepada yang bersekolah di luar daerah Selama. Majlis penyampaian telah dimulakan dengan ucapan oleh Pegawai Baitumal Daerah, AF Ustaz Muhammad Naquib Bin Mohamd Tarmizi. Pada majlis penyampaian turut diadakan taklimat ringkas berkenaan Skim-Skim Bantuan MAIPk. Sesi penyampaian bantuan diteruskan dengan penyerahan cek dan sub-baucer kepada sekolah yang terlibat. Majlis diakhiri dengan sesi fotografi dan tetamu diraikan dengan jamuan hari raya di perkarangan pejabat MAIPk Selama.