Agihan Duit Raya Berjumlah RM197,650 Kepada Anak Yatim Dan Pelajar Tahfiz MTQ Swasta
CHEMOR, 06 Julai 2018 Alhamdulillah, telah berlangsungnya majlis penyerahan duit raya kepada anak-anak yatim di bawah jagaan pusat anak yatim dan pelajar tahfiz swasta seluruh negeri Perak. Majlis telah disempurnakan oleh Dato Dr. Amiruddin Bin Muhamed di Yayasan Amanah An-Nur Maisarah, Chemor. Agihan melibatkan 23 buah pusat jagaan anak yatim dan 58 pusat tahfiz MTQ swasta. Turut disampaikan sumbangan kepada Persatuan Prihatin HAWA Ihsan, Ipoh Perak sebanyak RM20,000.00.