Perbincangan Dan Bengkel Penyediaan Deraf Peraturan-Peraturan Hibah (PERAK) 2018
IPOH - Perkhidmat Hibah yang terdapat di Malaysia serta Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak telah mengadakan perbincangan dan bengkel penyediaan deraf peraturan-peraturan Hibah (Perak) 2018 di Hotel Casuarina @ Meru, Ipoh pada 23 24 Mei 2018. Perbincangan dan bengkel ini juga dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif YBhg. Dato Dr. Amiruddin Bin Muhamed, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan), Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan), dan pegawai-pegawai MAIPk. Perbincangan ini telah dipengerusikan oleh Tuan Haji Mohd Haidi Bin Sulaiman TKPE (Pengurusan). Tujuan perbincangan dan bengkel ini dianjurkan oleh pihak MAIPk untuk mendapatkan gambaran yang jelas mengenai produk-produk dan perkhidmatan berkaitan Hibah yang sedang dijalankan oleh beberapa panel penyedia Perkhidmatan Hibah di Malaysia. Sepanjang bengkel ini diadakan, sedikit sebanyak dapat memberi input-input yang penting dan berguna kepada pihak MAIPk untuk menguruskan Hal Ehwal Hibah dengan lebih efisien dan bersistematik.