Program Jejak Asnaf Daerah Kuala Kangsar
KUALA KANGSAR, 7 Mac 2018 Bagi menterjemahkan dan memperkasakan keprihatinan MAIPk terhadap golongan-golongan yang tidak bernasib baik, MAIPk sekali lagi telah mengadakan program jejak asnaf di daerah Kuala Kangsar. Program jejak asnaf ini menyantuni asnaf di Mukim Pulau Kemiri dan Mukim Sungai Siput yang keseluruhannya berjumlah 17 buah keluarga asnaf. Program jejak asnaf tersebut telah disertai oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk (Pembangunan) Puan Hajah Wan Maizura binti Haji Wan Zahari, Pengurus Besar Bahagian Agihan Zakat, A.F Ustaz Bakri bin Lee, Pegawai Baitulmal Daerah Kuala Kangsar, A.F Ustaz Wan Abdul Halim Hafiidz bin Mohd Amin serta pegawai-pegawai daerah dan ibu pejabat MAIPk. Kunjungan pihak MAIPk kali ini lebih menumpukan kepada bantuan bina rumah dan baik pulih rumah untuk diproses kerana ramai dikalangan asnaf yang tinggal di rumah yang sudah uzur dan daif. Pihak MAIPk turut memberikan sumbangan meringankan beban asnaf dengan menyampaikan bantuan barang dapur dan wang belanja.