Program Motivasi Reset Minda Asnaf
TAIPING, 20 Februari 2018 - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak Daerah Taiping telah menganjurkan program Motivasi Reset Minda Asnaf dimana peserta terdiri dari 800 penerima-penerima bantuan sedia ada MAIPk Daerah Taiping. Tujuan program dijalankan ada bagi memberi tazkirah, motivasi dan kesedaran kepada para penerima bantuan zakat untuk berusaha memperbaiki taraf hidup. Perkongsian motivasi ini disampaikan oleh Ustaz Mohd Latiff Bin Talib, Pengurus Unit Dakwah dan Amil MAIPk. Selain itu program ini dapat beramah mesra dan mengeratkan silaturrahim di antara penerima-penerima bantuan.