• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Home
  • Info
  • MAIPk News
  • Pelajar Sekolah 9 Tahun Menghidap Penyakit Kronik Diziarah

Pelajar Sekolah 9 Tahun Menghidap Penyakit Kronik Diziarah

Ipoh, 17 Januari 2018 - Skuad Prihatin Asnaf (SPA) menziarahi sebuah keluarga disini iaitu Puan Azniza binti Abdul Aziz. Pemohon merupakan ibu tunggal dan mempunyai 3 orang anak. Suami telah meninggal dunia dan merupakan warga Pakistan. Sebelum ini arwah suami bekerja sebagai sub kontraktor JKR dan setelah meninggal dunia tidak layak menuntut apa-apa kemudahan seperti Socco dan sebagainya disebabkan bukan warganegara.

Justeru, pihak kami mendapati rumah pemohon akan dilelong oleh pihak CIMB Bank pada 28.02.2018 disebabkan ansuran rumah tertunggak RM6,600.00. Manakala seorang anak lelakinya Alif Putra Sharezal bin Reazul Islam Saha Ali, 9 tahun menghidap penyakit kencing manis jenis 1 (Diabetis Mellitus Type 1) dan memerlukan suntikan insulin sepanjang hayat. Penyakit ini telah disahkan oleh Doktor Pakar Klinik Pakar Pediatrik HRPB Ipoh. InshaAllah permohonan ini akan diangkat ke mesyuarat JKBMT bagi pertimbangan sewajarnya.



.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.