Siaran Media Majlis Penganugerahan Watikah
SIARAN MEDIA
Majlis Penganugerahan Watikah
- Lantikan Ahli-Ahli Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak;
- Ahli-Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak; dan
- Hakim-Hakim Mahkamah Syariah Negeri Perak.
Majlis Penyerahan Cek Zakat Perniagaan oleh kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan dan
Majlis Menandatangani Perjanjian Usahasama Pembangunan Dana Wakaf MAIPk Dan Persatuan Institusi Perbankan Islam
Malaysia (AIBIM)
Malaysia (AIBIM)
TARIKH: 04 JANUARI 2018
TEMPAT: DEWAN AL-GHAZALI, TINGKAT 2, KOMPLEKS ISLAM DARUL RIDZUAN, IPOH, PERAK
Majlis Penganugerahan Watikah Lantikan
Ahli-Ahli Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak
Selaras dengan seksyen 11, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan telah berkenan untuk melantik 22 individu yang terdiri daripada seorang Yang DiPertua, 20 Ahli dan seorang Setiausaha Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) sebagai ahli MAIPk. Lantikan adalah bagi tempoh selama tiga tahun mulai 01 Januari 2018 sehingga 31 Disember 2020. Senarai nama-nama Yang DiPertua, Ahli dan Setiausaha MAIPk berkenaan boleh dirujuk pada Lampiran A.
- DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan turut berkenan menganugerahkan watikah lantikan Ahli-Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak dan Hakim-Hakim Mahkamah Syariah Negeri Perak. Senarai nama-nama ahli-ahli tersebut boleh dirujuk pada Lampiran B.
Majlis Penyerahan Cek Zakat Perniagaan oleh kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan
- Pada majlis yang sama juga, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan turut berkenan menerima pembayaran cek-cek zakat perniagaan daripada beberapa individu dan agensi seperti berikut
BIL. |
NAMA PEMBAYAR / AGENSI |
NAMA PENYERAH |
JUMLAH |
1 |
DATO SYED ABU HUSSIN BIN HAFIZ SYED ABDUL FASAL |
Syed Amir Nidzamuddin bin Dato Syed Abu Hussin |
RM 2,020,300.00 |
2. |
EDGENTA MEDISERVE SDN. BHD. |
Encik Ahmad Zamri bin Said (Pengarah Urusan) |
RM 331,371.00 |
3. |
RISDA |
Tuan Haji Fikri bin Ghani (Pengarah RISDA Perak) |
RM 242,416.63 |
4. |
GITN SDN. BERHAD
|
Tuan Haji Badrul Hisham bin Bahari (Pengurus Besar TM Perak) |
RM 93,333.33 |
JUMLAH KESELURUHAN |
RM 2,687,420.96 |
Majlis Menandatangani Perjanjian Usahasama Pembangunan Dana Wakaf MAIPk Dan Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia (AIBIM)
- Turut diadakan dalam majlis tersebut ialah Majlis Menandatangani Perjanjian Usahasama Pembangunan Dana Wakaf MAIPk dan Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia (AIBIM) yang diadakan di hadapan kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-lah. Usahama Pembangunan Dana Wakaf MAIPk dengan Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia (AIBIM) akan melibatkan 6 bank ahli persatuan tersebut iaitu Affin Islamic Bank Berhad, Bank Islam Malaysia Berhad, Bank Muamalat Malaysia, Bank Kerjasama Rakyat Berhad, RHB Islamic Bank Berhad dan Maybank Islamic Berhad. Bank-bank ini akan menyediakan platfom untuk pengutipan dana wakaf daripada penyumbang melalui saluran-saluran sedia ada. Dana wakaf terkumpul akan diagihkan kepada projek-projek yang menjurus kepada sektor kesihatan, pendidikan dan pemerkasaan ekonomi. Bank-bank ini akan membantu pihak Majlis menjalankan pemasaran dan pelaporan balik projek bagi membina keyakinan penyumbang-penyumbang dana wakaf.
Diedarkan oleh:
Unit Perhubungan Korporat
Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak
04 Januari 2018