• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Home
  • Info
  • MAIPk News
  • Seminar Pengurusan Kewangan Usahawan Asnaf Dan Majlis Penyampaian Bantuan Modal

Seminar Pengurusan Kewangan Usahawan Asnaf Dan Majlis Penyampaian Bantuan Modal

IPOH, 28 DISEMBER 2017 Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) telah mengadakan satu Seminar Pengurusan Kewangan yang bertujuan memberi ilmu pengetahuan dan asas pengurusan kewangan kepada usahawan-usahawan asnaf MAIPk dalam usaha membantu mereka menguruskan sumber kewangan perniagaan dengan lebih sistematik dan teratur. Seramai 130 orang telah dipilih dalam kalangan usahawan asnaf MAIPk yang berpotensi dan menunjukkan prestasi perniagaan yang baik untuk dimajukan lebih ke hadapan.

Para peserta akan memperolehi modal perniagaan berjumlah RM2,000.00 seorang dan melibatkan kos keseluruhan RM260,000.00 dalam membantu mereka menjana dan mengembangkan perniagaan disamping penggunaan peralatan perniagaan yang telah diagihkan sebelum ini. Harapan MAIPk agar, para usahawan asnaf mampu berdaya saing dan terus berinovasi untuk melangkah maju kehadapan sekaligus bergelar usahawan berjaya suatu hari nanti. Majlis penutup disempurnakan oleh YBhg. Dato Dr. Amiruddin bin Muhamed.













Sumber: FB MAIPk

.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.