Penyerahan Peruntukan Baucer Bantuan Persekolahan Bagi Tahun 2018
TAIPING, 27 Disember 2017 Satu Majlis Penyerahan Peruntukan Baucer Bantuan Persekolahan bagi sesi persekolahan Tahun 2018 telah diadakan di Pejabat Pendidikan Larut Matang dan Selama. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), YBhg. Dato Dr. Amiruddin Muhamed kepada Pengarah JPN Negeri Perak, YBhg. Dato Hj. Mat Lazim Idris. Peruntukan ini akan diagihkan kepada 12 Pejabat Pendidikan Daerah. Jumlah Bantuan Persekolahan yang diagihkan oleh MAIPk pada tahun ini adalah sebanyak RM3,754,800.00.
Sumber: FB MAIPk