Program Pemantapan Ibadah dan Akidah Masyarakat Orang Asli
BATU KURAU - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) telah menganjurkan Program Pemantapan Ibadah dan Akidah bersama remaja masyarakat Orang Asli pada 11 hingga 13 Disember 2017 di Mawaddah Resort, Chalet and Training. Program selama 3 hari ini mendedahkan peserta kepada kefahaman Islam dengan lebih jelas di samping memantapkan Ibadah dan Akidah di kalangan golongan remaja masyarakat Orang Asli. Para peserta juga turut diberi pendedahan dengan aktiviti seperti Ceramah, Slot Tazkirah, Latihan Dalam Kumpulan (LDK) dan Praktikal Solat. Diharapkan bimbingan di dalam program ini membantu remaja Orang asli ini mengamalkan kehidupan berpegang kepada amalan serta gaya hidup seperti yang dituntut dalam Agama Islam.