Kaunter Informasi MAIPk Semasa Hari Bersama Pelanggan Hospital Teluk Intan
Teluk Intan - 8 September 2015, MAIPk Teluk Intan telah membuka kaunter informasi semasa program Hari Bersama Pelanggan Hospital Teluk Intan. Program tersebut berjaya menarik pengunjung untuk mengetahui dengan lebih dekat peranan dan fungsi Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk). Di antara pertanyaan ialah berkaitan zakat dan wakaf. Satu usaha yang berterusan MAIPk dalam usaha memberikan penerangan dan informasi berkaitan pengurusan zakat dan baitulmal kepada masyarakat setempat.