• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

BAYAR ZAKAT FITRAH MENERUSI PELBAGAI SALURAN

Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak telah menetapkan tiga pilihan harga zakat fitrah bagi tahun 1444H. RM7, RM14 dan RM21. Ketetapan ini mengikut jenis beras yang dimakan. Disunatkan juga untuk membayar lebih atas dasar “tatawwu” (galakan memperbanyak ibadah ketaatan).

Jom tunaikan zakat fitrah seawal yang mungkin agar tidak terlepas ibadah yang penting ini. Kunjungi amil-amil berdaftar berhampiran dengan anda. Bagi yang tidak berkesempatan, MAIPk menyediakan pelbagai kaedah pembayaran untuk kemudahan semua.

Tunaikan zakat fitrah anda di kaunter dan amil-amil yang berhampiran anda. Bagi yang tidak berkesempatan bolehlah menunaikan zakat fitrah anda melalui atas talian. Pelbagai aplikasi tersedia bagi kemudahan anda. Anda boleh menunaikan zakat menerusi Aplikasi GoPayz, Shopee, SnapNPay, MAE, Maybank2u, SenangPay dan FPX. Untuk menunaikan zakat melalui FPX. Klik https://ezakat.maiamp.gov.my

Jangan lupa muat turun aplikasi berikut di Google Play, Apple App Store, dan Huawei AppGallery.

Terus follow dan share setiap siaran kami. Jangan lupa ikuti dan bertemankan kami setiap hari dalam segmen “Aura Ramadan” sepanjang bulan Ramadan ini. Moga-moga madrasah Ramadan kali ini benar-benar dapat mendidik jiwa kita menjadi jiwa itqan, jiwa yang bertakwa.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.