• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Home
  • Corporate
  • Client Charter
  • MAIPK News

๐—”๐—š๐—œ๐—›๐—”๐—ก ๐—ญ๐—”๐—ž๐—”๐—ง ๐——๐—œ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—”๐—ฆ๐—”, ๐—ฆ๐—˜๐—ง๐—œ๐—”๐—ฃ ๐—ž๐—˜๐—›๐—œ๐——๐—จ๐—ฃ๐—”๐—ก ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—•๐—˜๐—Ÿ๐—”

Agihan zakat terus diperkasakan melalui pendekatan strategik dan berfokus mengikut enam teras utama:

๐Ÿ”น Sosial โ€“ RM139.8 juta (โ†‘29%)
๐Ÿ”น Pendidikan โ€“ RM40.37 juta (โ†‘17%)
๐Ÿ”น Ekonomi โ€“ RM12.45 juta (โ†‘148%)
๐Ÿ”น Insan โ€“ RM139.8 juta (โ†‘11%)
๐Ÿ”น Infrastruktur โ€“ RM40.37 juta (โ†‘73%)
๐Ÿ”น Lain-lain โ€“ RM12.45 juta (โ†‘30%)

Peningkatan ini membuktikan komitmen berterusan MAIPk dalam memastikan setiap wang zakat diagihkan secara sistematik, telus dan memberi impak berpanjangan kepada asnaf di negeri Perak.

Terima kasih pembayar zakat. Sedikit dari ANDA, besar buat MEREKA.

๐Ÿ“ฒ Moh kite berzakat! Imbas kod QR atau layari www.maipk.gov.my


JOM TUNAI FIDYAH | ANDA BERI, KAMI URUS

Setiap puasa yang ditinggalkan wajib diganti semula atau ditunaikan dengan bayaran fidyah mengikut ketetapan syarak.

Selaras dengan keputusan Mesyuarat Fatwa Kali Ke-236 (14 Disember 2024), MAIPk diberi mandat untuk menerima, mengagih dan menguruskan bayaran fidyah bagi memastikan ia sampai kepada golongan yang berhak.

Mudah. Sah. Diyakini.

Imbas QR kod atau layari pautan di bawah
https://fidyah.maipk.gov.myย 

โ€œHarta Suci, Hidup Diberkatiโ€

MAJLIS PENYERAHAN ZAKAT DAN BERBUKA PUASA BERSAMA DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN PERAK DARUL RIDZUAN

KUALA KANGSAR, 25 Februari 2026 - Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah berkenan menerima bayaran zakat berjumlah RM7,874,066.76 yang terdiri daripada tujuh syarikat korporat dan seorang individu kepada Zakat Perak Al Ridzuan (ZAPAR) di Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak.

Sesi penyerahan zakat perniagaan didahului Jakel Ipoh, Perak yang diwakili oleh Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Jakel, YBhg. Datuk Mohamed Nizam bin Mohamed Jakel sebanyak RM300,000.00. Ia diikuti, Koperasi Anggota Kerajaan Ipoh Berhad diwakili oleh Pengerusi, Tuan Mohd Hasrizad bin Zaman berjumlah RM103,845.30.

Seterusnya, Menteri Besar Incorporated diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, YBhg. Datoโ€™ Anuar bin Zainal Abidin sebanyak RM1,000,000.00. Selain itu, Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Tuan Mohd Azhar bin Mohd Yusof berjumlah RM4,553,453.46.

Kemudian, Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Tuan Zulkefli bin Abdullah sebanyak RM900,000.00. Selain itu, Royale College Of Medicine Perak yang diwakili oleh Dekan Fakulti Perubatan, Profesor Dr. Syed Rahim bin Syed Hamid berjumlah RM256,769.00.

Selanjutnya, penyerahan zakat perniagaan SS Trend Trading yang diwakili oleh Pengasas, Tuan Muhamad Syafi bin Md Sayuti sebanyak RM159,999.00. Penyerahan zakat yang terakhir merupakan zakat pendapatan dan simpanan oleh YBhg. Datoโ€™ Dr. Haji Zakaria bin A. Kadir berjumlah RM600,000.00.

Dalam majlis sama, baginda berkenan menyerahkan zakat kepada Yang Dipertua, Majlis Agama Islam dan โ€˜Adat Melayu Perak, YABhg. Tan Sri Datoโ€™ Seri Mohd. Annuar bin Zaini.

Zakat berperanan sebagai mekanisme agihan kekayaan yang adil serta pemangkin kesejahteraan sosial. Ia bukan sekadar kewajipan, malah instrumen pembangunan ummah yang mampu memperkasa ekonomi masyarakat secara menyeluruh.





๐— ๐—ข๐—› ๐—ž๐—œ๐—ง๐—” ๐—ž๐—˜๐—ก๐—”๐—Ÿ ๐—•๐—”๐—›๐—”๐—š๐—œ๐—”๐—ก ๐—ช๐—”๐—ž๐—”๐—™ ๐— ๐—”๐—œ๐—ฃ๐—ธ

Bahagian Wakaf MAIPk memainkan peranan penting dalam memperkukuh tadbir urus serta pembangunan aset wakaf di Negeri Perak melalui empat teras strategik:

๐Ÿ”น Pengurusan Sewaan & Pajakan Wakaf
๐Ÿ”น Pengurusan Teknikal & Operasi Wakaf
๐Ÿ”น Pembangunan Hartanah Wakaf
๐Ÿ”น Kajian & Penyelidikan Wakaf

Setiap pengurusan yang telus dan sistematik memastikan manfaat wakaf terus lestari dan memberi impak berpanjangan kepada ummah.

๐Ÿ“ฒ Moh kome kita berwakaf! Imbas kod QR sekarang.


More Articles ...

.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.