• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

MAIPK TAJA 24 ASNAF KURSUS KULINARI SKIM LATIHAN KEMAHIRAN ASNAF TAHUN 2024

IPOH,18 Oktober - Majlis Agama Islam dan ‘Adat Malayu Perak telah mengadakan kunjungan mahabbah pelatih-pelatih yang layak mendaftar pada 1 Oktober 2024 yang lalu bagi Kursus Kulinari dalam Bidang Penyediaan dan Pembuatan Makanan di Haaza Centre of Excellence (HCE).

Sejumlah 24 orang pelatih daripada kalangan belia asnaf ini telah dipilih untuk mengikuti kursus kulinari di bawah Skim Latihan Kemahiran Asnaf MAIPk. Kursus ini mengambil masa 9 bulan dengan perbelanjaan berjumlah RM500,000.00.

Kunjungan MAIPk yang diketuai oleh Pengurus Bahagian Agihan Zakat, Encik Amirudin bin Osman telah menyuntik kata-kata kepada para pelatih sebelum sesi taklimat dan tandatangan akujanji diberikan.

Latihan ini diadakan bertujuan untuk melahirkan belia yang mampu memenuhi permintaan industri masa kini. Diharapkan semua 24 pelatih berjaya menamatkan latihan dan seterusnya membantu mengubah nasib keluarga.




.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.