SELAMAT MENUNTUT ILMU, 51 ORANG PELAJAR NEGERI PERAK MELANJUTKAN PENGAJIAN KE JORDAN DAN MESIR
SEPANG, 24 September – Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) menguruskan 51 orang pelajar negeri Perak yang berjaya melanjutkan pengajian ke Jordan dan Mesir. Pada tahun 2024, seramai 34 orang adalah pelajar tajaan MAIPk di bawah Skim Dermasiswa Luar Negara berjumlah RM476,500.00 termasuk pembiayaan kelas Bahasa dan tambang perjalanan.
3 orang pelajar tajaan selamat sampai di Amman Jordan pada 23 September 2024. Manakala 30 orang pelajar tajaan selebihnya berangkat ke bumi Mesir pada 24 September 2024. Suasana hiba memenuhi ruang ketika doa selamat bermusafir dibacakan.
Semoga doa semua ahli keluarga yang mengiringi pelajar menjadi penguat semangat kepada perjuangan pengajian mereka.
Semoga doa semua ahli keluarga yang mengiringi pelajar menjadi penguat semangat kepada perjuangan pengajian mereka.
Terima kasih para muzaki, semoga keberkatan dana zakat yang membiayai pelajar-pelajar ini melahirkan insan cemerlang dunia akhirat seterusnya berbakti kepada agama dan bangsa.