SEMINAR HIJRAH MINDA PESERTA PROPER A 2024
SUNGAI PETANI, 11 Sept- Sedang berlangsungnya Seminar Hijrah Minda bagi peserta-peserta Program Pemerkasaan Ekonomi Asnaf (PROPER A) 2024 bermula 10 hingga 12 September bertempat di Hotel Park Avenue. Seramai 105 orang peserta daripada 4 kursus keusahawanan telah dipilih untuk mengikuti seminar anjuran MAIPk.
Seminar ini bertujuan mengubah minda serta meningkatkan inovasi dan kreativiti dengan melatih berfikir kritis dan kreatif dalam mengenal pasti potensi peserta seterusnya meningkatkan pengetahuan dan kemahiran keusahawanan untuk menjadi usahawan berjaya.
Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Tuan Syamsul Hazeman bin Md Salleh merasmikan dan menyampaikan amanat serta harapan kepada semua peserta yang hadir.