OPERASI TANAH WAKAF SARAAN DI LENGGONG, GERIK DAN PENGKALAN HULU
Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) sedang menjalankan operasi tanah wakaf saraan sebanyak 151 lot di beberapa lokasi termasuklah Lenggong, Gerik dan Pengkalan Hulu.
Tanah-tanah wakaf khas saraan ini bertujuan menjana hasil bagi manfaat institusi-institusi seperti masjid, surau, sekolah agama rakyat, perkuburan dan lain-lain melalui pembangunan atau sewaan/pajakan. Hasil manfaat wakaf khas saraan ini membantu perbelanjaan operasi, aktiviti-aktiviti pengimarahan serta penyelenggaraan dan keperluan lain institusi-institusi berkenaan.
Semoga ALLAH SWT menerima amal jariah para pewakaf dan membalasnya dengan ganjaran pahala yang berterusan.