• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

SKIM BANTUAN KEBAJIKAN SISWA IPT BERJUMLAH RM360,000.00

IPOH, 7 Ogos 2024 – Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) mewujudkan Skim Bantuan Kebajikan Siswa IPT untuk membantu golongan pelajar asnaf fakir miskin dan B40 yang terkesan akibat peningkatan kos sara hidup. Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Syamsul Hazeman bin Md Salleh telah menyerahkan bantuan berkenaan berjumlah RM360,000.00 kepada lapan institusi pendidikan di negeri Perak pada satu majlis hari ini di Dewan Al-Ghazali, Kompleks Islam Darul Ridzuan Ipoh.

Lapan institusi pendidikan yang menyumbang kepada pungutan zakat dan mempunyai Jawatankuasa Tabung Amanah Zakat menerima manfaat skim ini iaitu Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Teknologi MARA Seri Iskandar, Universiti Teknologi MARA Tapah, Politeknik Ungku Omar (PUO), Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS), Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan Universiti Kuala Lumpur RCMP (UniKL RCMP). MAIPk komited menjalinkan kerjasama strategik menerusi skim-skim bantuan yang disediakan demi membantu meringankan beban asnaf bagi menjamin kesejahteraan ummah.





.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.