Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad Dan Syarikat Takaful Malaysia Am Berhad Tunai Zakat Perniagaan Kepada MAIPk
IPOH, 11 Julai- Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad dan Syarikat Takaful Malaysia Am Berhad telah menunaikan zakat perniagaan kepada Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) berjumlah RM500,000.00 bagi tahun kewangan 2023.
Penyerahan zakat telah disempurnakan oleh Encik Zakri Shah bin Shariff, Regional Head Northen Region kepada Encik Muhammad Faiz bin Zakaria, Pengurus Bahagian Pemasaran MAIPk.
Teruskan membantu golongan mustahiq, berzakatlah di https://ezakat.maiamp.gov.my