SKIM BANTUAN AM PELAJARAN MAIPk
Bantuan Am Pelajaran adalah skim bantuan di bawah asnaf Fisabilillah yang disediakan bagi membantu pelajar-pelajar membuat persediaan kerana berjaya melanjutkan pengajian. Bantuan adalah dalam bentuk kewangan sekaligus dan kadar bantuan adalah berdasarkan peringkat pengajian.
Permohonan boleh dibuat secara online melalui pautan https://online.maiamp.gov.my/bantuanmaipk/
Syarat permohonan:
i) Beragama Islam
ii) Bermastautin di Negeri Perak
iii) Tempoh pengajian mestilah melebihi tempoh setahun atau 12 bulan
iv) Permohonan ini tertakluk kepada PENGAJIAN SEPENUH MASA SAHAJA
v)Permohonan yang lengkap dan tidak melebihi 3 bulan dari tarikh daftar pengajian (lapor diri) sahaja akan diproses.