• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

Kursus Forensik Perniagaan

IPOH, 27 Jun – MAIPk telah menganjurkan Kursus Forensik Perniagaan selama 2 hari 1 malam bertempat di Hotel Travelodge, Ipoh yang melibatkan 25 orang peserta dalam kalangan asnaf yang sudah mula berniaga secara kecil-kecilan. Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd (TERAS), Selangor telah diberi kepercayaan untuk membimbing semua peserta dengan pelbagai teknik berkesan dalam meningkatkan hasil jualan melalui pelbagai platform marketing.

Peserta juga didedahkan dengan SWOT Analisis, Business Model Canvas, pengurusan kewangan serta ayat-ayat copy writing yang berkesan untuk menarik minat pelanggan membeli.

Majlis penutup telah disempurnakan oleh Pengurus Besar Bahagian Agihan Zakat, Encik Rohizan bin Haji Omar. Turut hadir ialah En. Hasnul Reza bin Abdul Rahim, Pengurus Besar TERAS dan Pengurus Bahagian Agihan Zakat MAIPk, Encik Noraizad bin Rosli.

Semoga semua usahawan asnaf MAIPk berjaya memanfaatkan ilmu yang dibekalkan seterusnya mengembangkan legasi perniagaan masing-masing dan menjadi pembayar zakat kelak.





.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.