LAWATAN KERJA MAIPk KE MAJLIS UGAMA ISLAM DAN ADAT MELAYU RESAM PAHANG (MUIP)
Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Tuan Syamsul Hazeman bin Md Salleh bersama Toh Maharaja Indera Dr. Haji Khairil Anuar bin Arshad, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Zakat dan Wakaf (JPZW), ahli-ahli JPZW dan pegawai-pegawai MAIPk telah mengadakan lawatan kerja ke MUIP. Pada sesi lawatan tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MUIP Holdings Sdn. Bhd, Tuan Haji Ahmad Mustaqim bin Haji Mohd Zain telah menyampaikan taklimat ringkas berkaitan pentadbiran dan pengurusan Kumpulan anak Syarikat terutamanya dalam bahagian peruncitan.
Turut hadir Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Sektor Pengurusan dan Dasar MUIP, Encik Khairuddin bin Ismail. MAIPk merakamkan ucapan terima kasih dan berharap agar silaturrahim yang terjalin ini dapat diteruskan pada masa akan datang.