• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Home
  • Services
  • Aplikasi Mobil
  • MAIPK News
  • Percambahan Minda Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak Bersama Peguam Syarie Negeri Perak

Percambahan Minda Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak Bersama Peguam Syarie Negeri Perak

IPOH, 24 Mei 2024 – Berlangsungnya sesi Percambahan Minda Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak, YABhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd Annuar bin Zaini bersama peguam syarie Negeri Perak. Sesi yang diadakan buat julung kalinya bersama peguam-peguam syarie di negeri ini bertujuan memberikan peluang kepada peguam-peguam syarie mendengar gagasan yang disampaikan oleh Yang Dipertua MAIPk di samping menjadi platform kepada peguam-peguam syarie berkongsi pandangan serta mencadangkan sebarang penambahbaikan dalam memperkasakan institusi keadilan dan kepeguaman syarie di negeri ini.

Turut hadir pada sesi tersebut, YAA Dato' Haji Ab. Rahman Thobroni bin Haji Mohd Mansor, Ketua Hakim Syarie, Tuan Syamsul Hazeman bin Md. Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Tuan Mohd Asri bin Mohamad Ghazali, Ketua Pendakwa Syarie, SF Tuan Haji Saiful Azizi bin Abdul Manap, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan JAIPk dan YA Tuan Muhammad Fauzi bin Uzir Abd Wahab, Ketua Pendaftar Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak.

Kredit : Unit Undang-Undang
 




 
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.