Zakat Bukan Sekadar Tanggungjawab, Ia Adalah Ujian Hati
Adakah kita benar-benar percaya bahawa rezeki ini milik Allah SWT?
Adakah kita sedar bahawa setiap sen yang kita genggam akan dipersoalkan?
2.5% zakat yang dikeluarkan mungkin tidak mengubah hidup kita tetapi ia mampu mengubah nasib seorang asnaf.
Mungkin cukup untuk sepinggan nasi, sepasang kasut sekolah atau ubat yang menyelamatkan nyawa.
Jangan tunggu ‘cukup kaya’ untuk memberi.
Kerana zakat bukan tentang berapa banyak yang kita ada tetapi tentang sejauh mana kita bersyukur dengan apa yang kita miliki.
Tunaikan zakat hari ini. Bersihkan, berkatkan, dan bebaskan hati anda.
Layari https://ezakat.maiamp.gov.my untuk tunaikan zakat secara online, mudah dan pantas.

