Perutusan Ketua Pegawai Eksekutif
PERUTUSAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,
Semoga anda berada dalam keadaan dilimpahi rahmat dan redha Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
Selamat datang saya ucapkan kepada anda yang melayari Portal Rasmi Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk).
Pengunjung yang saya hormati,
Saya mengucapkan terima kasih kepada anda kerana sudi meluangkan masa melayari portal rasmi ini. Secara dasarnya, portal ini merupakan wadah dalam berkongsi maklumat kepada anda mengenai makluman, info , aktiviti dan program yang telah dilaksanakan oleh pihak MAIPk.
MAIPk merupakan salah sebuah Badan Berkanun Negeri Perak. Secara umumnya MAIPk menjadi organisasi utama yang bertanggungjawab dan diamanahkan untuk mengurus zakat dan wakaf di Negeri Perak. Dana zakat merupakan instrumen penting kepada lapan golongan asnaf yang perlu dibantu dengan pelbagai jenis bentuk dan skim bantuan yang telah MAIPk sediakan. Menjadi satu cabaran bagi MAIPk untuk membantu semua golongan asnaf terutama asnaf fakir dan miskin supaya dapat mengubah kehidupan dan mengeluarkan golongan ini daripada kepompong kemiskinan.
Selain itu, sejak tahun 2016, Waqaf Perak Ar-Ridzuan (WPAR) telah diwujudkan bagi menyediakan saluran sah untuk individu serta mana-mana organisasi berwakaf melalui MAIPk. Pewujudan WPAR ini merancakkan pembangunan sosio-ekonomi umat Islam di Negeri Perak di samping dapat memajukan harta wakaf serta harta umat Islam bagi tujuan khairat dan amal jariah. Terdapat empat bidang utama yang dilaksanakan menerusi WPAR iaitu keagamaan, ekonomi, kesihatan dan pendidikan. Sumbangan menerusi WPAR akan melibatkan projek dan program seperti Wakaf Pembangunan Asrama Pelajar di Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) Kuala Kangsar, Wakaf Pembangunan dan Perkembangan Ilmu Al-Quran, Wakaf Pembinaan Pusat Haemodialisis , Wakaf Pembinaan Waqaf Business Centre (WBC), Wakaf Ilmu Program MUMTAZ, Wakaf Bot, Wakaf Dana Pembangunan Maahad Tahfiz dan Wakaf Tunai.
Kini dalam mendepani cabaran Revolusi Industri (IR 4.0), semua maklumat di hujung jari dan teknik terkini yang digunakan dalam membangunkan portal ini, pelanggan MAIPk bukan sahaja boleh mengakses kepada maklumat yang dikehendaki, tetapi juga boleh memuat turun maklumat berkenaan. Urusan yang berkenaan juga boleh dibuat melalui aplikasi dalam talian yang pastinya akan memudahkan dan mempercepatkan urusan pelanggan.
Akhir kalam, saya yang telah diamanahkan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk sentiasa berusaha untuk memastikan perancangan MAIPk akan berjalan dan dilaksanakan mengikut apa telah direncanakan.
Sokongan para pelayar dan pelanggan amat saya hargai dan sanjungi. Saya mengucapkan terima kasih di atas kesudian anda melayari portal rasmi ini dan menjadi harapan saya agar portal rasmi ini dapat memberi panduan yang berguna kepada semua pengunjung memperolehi maklumat yang diperlukan dengan segera dan efisyen. Kami akan sentiasa memastikan portal ini mengandungi maklumat terkini dan relevan yang dapat memenuhi keperluan dalam dunia moden ini yang dapat memberi input kepada pelanggan dan semoga ianya mendapat manfaat kepada semua. Pihak MAIPk mengalu-alukan sebarang Cadangan dan Maklum Balas daripada semua pihak agar penambaikan perkhidmatan dapat dilakukan dari semasa ke semasa.
Selamat melayari Portal Rasmi MAIPk.
Sekian, terima kasih.
Sekian, terima kasih.
Tuan Syamsul Hazeman Bin Md Salleh
Ketua Pegawai Eksekutif
Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak