• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Utama
  • Profil
  • Piagam Pelanggan
  • Berita Maipk
  • MAIPk Zon Utara Sampaikan Bantuan Segera Kepada Mangsa Ribut

MAIPk Zon Utara Sampaikan Bantuan Segera Kepada Mangsa Ribut

KUALA KURAU, 7 Oktober 2025 - Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) Zon Utara telah menghulurkan bantuan segera kepada mangsa kejadian ribut yang berlaku di Kampung Pandak Puteh, Kuala Kurau dan Kampung Bagan Tiang, Parit Buntar pada 7 Oktober 2025.

Kejadian tersebut telah mengakibatkan kerosakan kepada tiga (3) buah rumah penduduk setempat. Antara kerosakan yang dilaporkan termasuk bumbung rumah rosak dan tercabut akibat tiupan angin kencang, manakala sebuah rumah lagi mengalami kerosakan teruk selepas ditimpa pokok tumbang.

Setiap rumah dianggarkan mengalami kerugian sekitar RM15,000. Prihatin dengan nasib yang menimpa, MAIPk Zon Utara yang diketuai oleh Pengurus Besar, Mohd Saufi bin Ibrahim telah turun padang menziarahi dan menyantuni keluarga yang terjejas, di samping menyampaikan bantuan segera secara one-off sebanyak RM500 kepada setiap mangsa.

Selain bantuan tunai segera, pihak MAIPk turut memproses permohonan bantuan baik pulih rumah berdasarkan syarat dan kelayakan yang ditetapkan di bawah skim bantuan MAIPk.





.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.