• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Utama
  • Profil
  • Piagam Pelanggan
  • Berita Maipk

MAIPk ADAKAN KUNJUNGAN HORMAT KE PUSAT KOREKSIONAL KAMUNTING

TAIPING, 15 Januari 2026 โ€“ Majlis Agama Islam dan โ€˜Adat Melayu Perak (MAIPk) telah mengadakan kunjungan hormat ke Pusat Koreksional Kamunting.

MAIPk yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Tuan Syamsul Hazeman bin Md Salleh, bersama barisan pengurusan kanan disambut oleh Pengarah Pusat Koreksional Kamunting, Penolong Komisioner Penjara (PKP) Mohd Hidayat bin Ismail, bersama barisan pengurusan pusat tersebut.

Kunjungan ini diharap dapat memperkukuh hubungan kerjasama strategik, khususnya dalam aspek kebajikan, pemulihan serta pemerkasaan sosioekonomi dan pembangunan golongan yang memerlukan.


MAIPk PARIT BUNTAR BANTU MANGSA KEBAKARAN

Majlis Agama Islam dan โ€˜Adat Melayu Perak (MAIPk) cawangan Parit Buntar telah menziarahi serta menyampaikan bantuan kecemasan tunai kepada mangsa kebakaran di Kampung Tok Pulut, Kuala Kurau pada 10 Januari lepas.

Dalam insiden berkenaan, dua (2) buah rumah dilaporkan mengalami kerosakan teruk akibat kebakaran, manakala sebuah (1) rumah lagi mengalami kerosakan kecil.

Bantuan telah disampaikan oleh Pengurus Besar MAIPk Zon Utara, Mohd. Saufi bin Ibrahim bagi meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa. Permohonan bantuan bina atau baik pulih rumah seterusnya akan diproses tertakluk kepada kriteria dan syarat yang ditetapkan.

MAIPk kekal komited dalam membantu golongan yang terjejas serta memerlukan.


๐“๐€๐‡๐๐ˆ๐€๐‡

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Majlis Agama Islam dan โ€˜Adat Melayu Perak (MAIPk) atas kejayaan menerima tiga sijil penghargaan daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.

1. Pematuhan terhadap Kriteria Pemantauan Laman Web dan Servis Kerajaan (SPLaSK) tahun 2025
2. Pengauditan Nilai tahun 2025 โ€“ Sistem Pengurusan Amalan Nilai (SPAN)
3. Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) tahun 2025

Pengiktirafan ini merupakan satu pencapaian yang membanggakan dan mencerminkan komitmen MAIPk dalam memperkukuh tadbir urus, pematuhan piawaian serta penyampaian perkhidmatan yang berkualiti.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada kecemerlangan yang berterusan serta meningkatkan keyakinan dan kepercayaan masyarakat terhadap pengurusan dan perkhidmatan MAIPk.



MAJLIS TAMAT LATIHAN PESERTA TVET PENYELAMAN KOMERSIAL: BUKTI KEMAHUAN BUKAN HALANGAN KEJAYAAN

IPOH, 12 Januari 2026 โ€“ Majlis Agama Islam dan โ€˜Adat Melayu Perak (MAIPk) dengan kerjasama VETA Kolej telah menganjurkan Majlis Tamat Latihan Peserta TVET MAIPk bagi Kursus Penyelaman Komersial bertempat di Kompleks Islam Darul Ridzuan, Ipoh.

Majlis ini disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Tuan Syamsul Hazeman bin Md Salleh dalam meraikan kejayaan 14 orang peserta asnaf yang telah berjaya menamatkan kursus penyelaman komersial dilaksanakan pada Disember 2025. Turut hadir adalah Pengarah Urusan Vocational Training Academy Sdn Bhd, Puan Hajah Roszida binti Haji Othman dan Pengarah Teknikal Divestuff International Sdn Bhd, Tuan Mohamed Syamsul Bahari bin Mohamed Rashid.

Program latihan berimpak tinggi ini melibatkan kos keseluruhan sebanyak RM315,000.00 merangkumi yuran latihan, penginapan dan makan minum, elaun bulanan serta elaun permulaan kerja.

Dalam majlis yang sama, para peserta turut menerima surat tawaran pekerjaan daripada Divestuff International Sdn. Bhd. Kesemua peserta akan memulakan kerjaya sebagai tender dengan gaji permulaan RM2,500.00 bagi tempoh satu bulan sebelum dinaik taraf sebagai penyelam profesional, dengan anggaran pendapatan bulanan antara RM4,000.00 hingga RM6,000.00

Pelaksanaan program TVET ini mencerminkan komitmen berterusan MAIPk dalam memperkasa golongan asnaf melalui pembangunan kemahiran, latihan profesional dan penempatan kerjaya yang terjamin, sekali gus mengurangkan risiko kemiskinan jangka panjang serta meningkatkan taraf sosioekonomi peserta.

Inisiatif ini membuktikan bahawa melalui pendekatan TVET yang berstruktur dan berfokus kepada keperluan industri, kemahuan dan kesungguhan mampu mengatasi kekangan latar belakang, seterusnya membuka ruang kepada pembinaan kerjaya dan masa depan yang lebih mampan.


LEBIH RM2.9 JUTA DANA WAKAF DISALURKAN KEPADA 1,009 PENERIMA

Sepanjang tahun 2025, Dana Manfaat Wakaf Saraan Negeri Perak telah disalurkan kepada 1,009 penerima melibatkan jumlah keseluruhan RM2,996,949.70, merangkumi keperluan masjid, surau, sekolah agama rakyat dan tanah perkuburan.

Setiap sumbangan wakaf menjadi saham akhirat yang manfaatnya berterusan untuk ummah.

Satu niat, satu pemberian, seribu keberkatan yang tidak terhenti, walau jasad telah pergi

๐Ÿ“ฒ Moh kome kita berwakaf!

Imbas kod QR sekarang atau terus ke pautan https://wakafperak.gov.my/



.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.