RM3 Juta Untuk Pelajar Tajaan Dermasiswa Luar Negara MAIPk Di Mesir
30 April 2017 - Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak (MAIPk) membelanjakan RM3 juta bagi 110 orang pelajar tajaan Dermasiswa Luar Negara MAIPk bagi tahun 2017 untuk tempoh 4 tahun pengajian.
Pelajar-pelajar ini telah terpilih berdasarkan keputusan akademik mereka yang cemerlang dan seterusnya melayakkan mereka untuk menjadi pelajar tajaan MAIPk. Seramai 85 orang pelajar tercalon sebagai penerima tajaan penuh serta 25 orang pelajar turut diraikan sebagai pelajar persendirian Dermasiswa Luar Negara MAIPk.
Mereka ini dibantu dalam bentuk bantuan tiket penerbangan pergi dan balik, bantuan sara diri semasa di Markaz Bahasa dan sara diri bagi tempoh empat tahun pengajian.
Pelajar-pelajar ini telahpun berlepas ke Mesir pada pagi tadi. Pihak MAIPk mengharapkan pelajar-pelajar ini dapat memanfaatkan dana zakat ini dengan sebaik mungkin untuk pengajian mereka dan akhirnya membantu ummah setelah berjaya nanti.
(Sumber: FB Zakat Perak-MAIPk)