Bengkel Taksiran Zakat MAIPk
Seri Iskandar 12-13 Disember 2016 - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) telah mengadakan Bengkel Taksiran Zakat. Bengkel tersebut telah di adakan di D Hotel, Seri Iskandar. Bengkel tersebut telah dihadiri oleh Pegawai-Pegawai Baitulmal Daerah serta pekhidmat-pekhidmat MAIPk yang terlibat secara langsung dengan kerja-kerja taksiran zakat.. Iainya bertujuan untuk memberikan pendedahan dan pengetahun dalam taksiran zakat. Ini bagi membolehkan kaedah pengiraan zakat dapat diselaraskan antara Ibu Pejabat dan Pejabat-Pejabat MAIPk di daerah. Perjalanan bengkel diketuai oleh Pengurus Besar, Bahagian Pemasaran Encik Ahmad Nazim bin Hj Md Tajuri. Ceramah disampaikan oleh Ustaz Mohd Latiff bin Talib dari Bahagian Pemasaran, MAIPk. Pegawai-pegawai dari Bahagian Pemasaran, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak turut menyertai bengkel tersebut sebagai urusetia bengkel.