• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

Bengkel Pendidikan Zakat dalam Ekonomi Koperasi

Taiping - 28 November 2016 (Isnin)- Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) telah mengadakan Bengkel Pendidikan Zakat Dalam Koperasi bertempat di Hotel Taiping Perdana. Bengkel tersebut telah dihadiri oleh wakil-wakil dari koperasi-koperasi seluruh negeri Perak. Iainya bertujuan untuk memberikan pendedahan tentang kepentingan zakat perniagaan kepada pentadbir-pentadbir koperasi. Pada masa yang sama Koperasi Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang telah menyerahkan cek zakat perniagaan berjumlah RM39,318.98 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk). Wakil dari Koperasi Sultan Azlan Shah, Behrang, Encik Salehan bin Marsin telah menyerahkan cek zakat perniagaan kepada Dr. Amiruddin bin Muhamed selaku Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk pada majlis tersebut. Pegawai-pegawai dari Bahagian Pemasaran dan Bahagian Zakat, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak turut menyertai bengkel tersebut sebagai urusetia bengkel.













.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.