Ziarah Pesakit Kronik
Kg Tersusun Kelebang Selatan, 13 Mei 2016 - Skuad Prihatin Asnaf (SPA) MAIPk yang diketuai oleh AF Ustaz Ahamad Muzammil bin Arbain telah menziarahi dan menyantuni sebuah keluarga yang dikhabarkan menghidap penyakit kronik.
Encik Azizan bin Ngah Mohamed Ariff, 71 tahun sudah berkahwin, mempunyai 9 orang anak (2 lelaki dan 7 perempuan) dan merupakan bekas Bilal di Masjid Muhammadiah @ Masjid Cina Kg Tasek. Pemohon tinggal bersama isterinya sahaja di rumah tersebut. Pemohon sebenarnya telah disyaki oleh doktor menghidap penyakit hipetatis B (kekurangan darah merah), masalah hati dan kanser darah. Diagnosis sedang dibuat dan sedang menunggu keputusan doktor pakar selanjutnya.
Lawatan dibuat bertujuan bertanyakan khabar, mendapatkan maklumat lanjut tentang keperluan perubatan pemohon dan seterusnya mendoakan kesejahteraan pemohon agar diberikan kesihatan yang baik.