• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

Jejak Asnaf Daerah Teluk Intan

TELUK INTAN, 10 Mac 2020 – Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak (MAIPk)  telah mengadakan program jejak asnaf di daerah Teluk Intan yang melibatkan dua mukim  di Mukim Labu Kubong dan Mukim Sungai Durian.  Program jejak asnaf ini memberi makna besar kepada MAIPk dalam memastikan kumpulan asnaf yang berhak menerima zakat  dibantu sebaiknya.  Pihak MAIPk dapat  bertemu dan melihat dengan lebih jelas keadaan sebenar kehidupan asnaf yang tidak bernasib baik ini  walaupun lokasinya di dalam kawasan pedalaman kampung.

Program jejak asnaf kali ini melibatkan Orang Besar Jajahan Hilir Perak, YDH Toh Muda Orang Kaya-Kaya Laksamana Raja Mahkota, Dato' Haji Meor Redwan bin Mahayudin, dan Anggota MAIPk, YBrs. Tuan Haji Mohd Hanid bin Abdullah Sani. Turut serta pada program jejak asnaf ini ialah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) MAIPk, YBrs. Tuan Haji Mohd Haidi bin Sulaiman, Pengurus Besar Bahagian Agihan Zakat, AF. Ustaz Bakri bin Lee, Pegawai Baitulmal Daerah MAIPk Teluk Intan, Encik Zul-Azri bin Hosaini serta pegawai-pegawai MAIPk.

Pihak MAIPk telah menziarahi dan menyantuni empat buah rumah yang  dikenal pasti tergolong dalam golongan asnaf.  Program menziarahi asnaf  seperti ini dapat menyelami permasalahan hidup asnaf, di samping melihat keperluan lain yang layak disantuni oleh pihak MAIPk. Ziarah ini juga merupakan satu kesinambungan melalui Skuad Prihatin Asnaf MAIPk yang sentiasa melaksanakan kerja mencari dan mendekati golongan asnaf dalam membantu mereka ini yang amat memerlukan bantuan bagi menyara kehidupan mereka. Para asnaf yang dikunjungi  menerima sumbangan berupa wang tunai dan kotak makanan bagi menampung keperluan semasa setiap keluarga. Bantuan susulan akan dipertimbangkan terutama aspek Bantuan Bina Rumah.












.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.