• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

PERSIDANGAN MAJLIS PERUNDINGAN MASJID NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN KALI KE-3 BIL. 2/2024

IPOH, 19 Oktober 2024 – Persidangan Majlis Perundingan Masjid Negeri Perak (MPM) diadakan buat kali ketiga di Bilik Gerakan Negeri, Bangunan Perak Darul Ridzuan. Tujuan persidangan diadakan untuk membincang usul-usul dan kaedah baharu oleh Ahli MPM dalam usaha meningkatkan pengimarahan masjid-masjid di Perak.

Persidangan dipengerusikan oleh Yang Dipertua MAIPk, YABhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd. Annuar bin Zaini. Hadir sama Orang Besar Jajahan Larut, Matang dan Selama, YABhg. Orang Kaya Menteri Paduka Tuan Dato’ Seri Haji Wan Mohd Isa bin Dato' Haji Wan Mohd Razali, Orang Besar Jajahan Kinta, YBhg. Orang Kaya Kaya Panglima Kinta Seri Amar Bangsa DiRaja Dato’ Ab. Wahab bin Dato’ Seri Azizul Hassan, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Tuan Syamsul Hazeman bin Md. Salleh, dan Pengarah JAIPk, Tuan Haji Harith Fadzilah bin Haji Abdul Halim.

Semoga peranan dan kegemilangan masjid sebagai pusat pembangunan tamadun masyarakat diperkasakan dan ditambahbaik dari semasa ke semasa mengikut realiti zaman dan memberikan sumbangan yang signifikan kepada kemajuan ummah.

Tahniah dan syabas kepada ahli MPM dan pihak urusetia di atas komitmen yang tinggi dalam menjayakan persidangan MPM kali ini.





.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.