• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

MAIPK CAWANGAN GERIK SERAH BANTUAN BINA RUMAH DAN BANTUAN PERUBATAN BERJUMLAH RM102,736.00

Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) Cawangan Gerik terus komited dalam memperkasa kebajikan golongan asnaf menerusi penyerahan Bantuan Bina Rumah dan Bantuan Perubatan dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM102,736.00.

Pengurus MAIPk Cawangan Gerik ,Shamsul Anuar bin Zakaria turun padang menyantuni asnaf selain meninjau sendiri keadaan kediaman serta situasi semasa mereka yang menerima bantuan.

Penyerahan bantuan ini melibatkan dua kategori utama iaitu Bantuan Bina Rumah berjumlah RM74,800.00 kepada seorang penerima di Kampung Ulu Kenderong, Gerik. Seterusnya Bantuan Perubatan berjumlah RM27,936.00 melibatkan tujuh (7) penerima daripada beberapa kampung sekitar Gerik termasuk Kampung Belum Baru, Kampung Kenayat dan Kampung Lalang.

Bantuan tersebut meliputi keperluan susu khas, lampin pakai buang, kerusi tandas duduk OKU, mesin oksigen, mesin penyedut khas, alatan tiub, serta alatan cucian perubatan bagi tempoh enam bulan.

Usaha ini mencerminkan keprihatinan MAIPk dalam memastikan kebajikan asnaf di seluruh negeri Perak terus terbela selaras dengan objektif zakat untuk membantu golongan yang memerlukan tanpa mengira latar belakang dan keadaan hidup.





.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.