MALAM NISFU SYAABAN
Terdapat banyak hadis Rasulullah SAW tentang kelebihan malam nisfu Syaaban. Antaranya hadis daripada Abu Hurairah R.A. bahawa Nabi Muhammad SAW telah bersabda, “Apabila tiba malam nisfu Syaaban, Allah SWT mengampunkan hamba-Nya kecuali orang yang syirik dan juga orang yang bermusuhan.”
Ulama berpandangan bahawa malam nisfu Syaaban memang ada dinyatakan dalam hadis tentang kelebihannya terutama sekali dalam soal pengampunan Allah SWT terhadap dosa-dosa sekalian hamba-Nya.
Malangnya, ada dua golongan yang tidak akan mendapat keampunan-Nya pada malam tersebut, iaitu orang yang syirik dan orang yang masih bermusuhan. Maka hal ini perlu kita cakna betul-betul. Adakah kita termasuk dalam golongan mereka yang tidak mendapat keampunan Allah SWT pada malam nisfu Syaaban? Na’uzubillahi min zalik.
Dalam masa yang sama, ulama juga menegaskan tiada sebarang amalan yang khusus daripada Baginda Rasulullah SAW untuk dilakukan pada malam nisfu Syaaban. Walau bagaimanapun, penuhilah malam tersebut dengan apa-apa amal ibadat yang mampu dilakukan seperti berzikir, membaca al-Quran, berdoa dan sebagainya.
Mungkin juga boleh bermuhasabah tentang amal jariah yang telah kita abaikan seperti zakat terutamanya. Apa kata, bersempena dengan malam yang akan diampunkan Allah SWT sekalian hamba-Nya, kita semak segala harta yang kita miliki takut-takut ada yang sudah pun sampai haul dan nisabnya. Jika ada perlulah ditunaikan zakatnya dengan segera. Semoga menjadi ebih bermakna keampunan Allah SWT buat kita. Tunaikan sahaja secara online FPX. Klik: https://ezakat.maiamp.gov.my