MAIPk Terima Cek Zakat Perniagaan CIMB Islamic Bank Berhad
IPOH, 16 November 2017 â Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan CIMB Islamic Bank Berhad telah berlangsung pada pukul 11.30 pagi di Bilik Mesyuarat Tingkat 4, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk). Di dalam majlis ini pihak CIMB Islamic Bank Berhad yang diwakili oleh Encik Mohamad Safri Bin Sahul Hamid, Timbalan CEO Group CIMB Islamic Bank Berhad telah menyerahkan cek zakat perniagaan bagi tahun 2016 berjumlah RM100 Ribu. Cek zakat ini telah diserahkan kepada Timbalan Ketua Eksekutif Pengurusan MAIPk, Tuan Haji Mohd Haidi Bin Sulaiman yang mewakili pihak MAIPk.