Bengkel Pemahaman Manual Kualiti Bahagian Kewangan MAIPk
IPOH, 31Oktober 1 November 2017, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) telah mengadakan Bengkel Pemahaman Manual Kualiti Bahagian Kewangan, MAIPk. Kursus ini telah diadakan di Hotel Weil Ipoh.Objektif kursus bagi memberikan pendedahan dan pemahaman berkaitan proses mendapatkan pensijilan ISO untuk keseluruhan proses kerja kewangan di MAIPk. Iainya khusus untuk pekhidmat-pekhidmat MAIPk dari Bahagian Kewangan Ibu Pejabat dan Daerah yang terlibat dengan kerja-kerja kewangan. Encik Mat Azlan bin Hassan selaku Akauntan di Bahagian Kewangan, MAIPk telah menyampaikan ceramah yang meliputi topik-topik berkenaan proses kerja kewangan. Semoga pemahaman berkenaan ISO dapat memberikan impak yang positif dalam usaha MAIPk bagi mendapatkan pensijilan ISO, seterusnya meningkatkan imej MAIPk dalam memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada masyarakat Islam di Negeri Perak.