Pameran Zakat Di Tapah
14 Oktober 2012, Ahad Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak telah dijemput untuk mengadakan kaunter pameran anjuran Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Perak bertempat di Sekolah Menengah Sains Tapah. Majlis tersebut sempena Majlis Perasmian Penutup Satu Komuniti Satu JPJ bagi kawasan DUN Chenderiang. Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Chenderiang telah ke majlis tersebut serta Tuan Pengarah JPJ Negeri Perak. Kaunter MAIPk telah menyediakan risalah-risalah zakat serta pertanyaandaripada pengunjung untuk pengiraan zakat. Pegawai MAIPk yang terlibat ialah En.Muhamad Fauzan bin Abdul Rahim, En. Shamsul Anuar bin Zakaria,En. Badzli, En. Muhamad Shameer, En. Nazrul, En Salleh dan Cik Amelia.