Lawatan Jabatan Bendahari UKM ke MAIPk
IPOH, 11 Oktober 2017 - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) telah menerima kunjungan daripada Jabatan Bendahari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Encik Mohd Azli bin Mohd Kasirun, Timbalan Pengarah Eksekutif Kewangan-Dasar UKM telah mengetuai lawatan tersebut yang terdiri daripada pegawai-pegawai Jabatan Bendahari UKM. Dr. Amiruddin bin Muhamed, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk telah mengetuai pegawai-pegawai dari MAIPk semasa majlis pertemuan tersebut. Tujuan perjumpaan adalah bagi bertukar pandangan berkaitan pengurusan wakaf, zakat dan baitulmal di negeri Perak. Semoga kerjasama antara kedua-dua agensi dapat diperkukuhkan pada masa hadapan.


